mari beli, mari beli (",)

6 Jun 2011

tempura carrot pengganti french fries.. boleh kah?

hari ni kiki  masak tempura carrot. saja nak buat kunyahkunyah depan tv. tengah duk makan, kiki terfikir kalau lah tempura carrot ni boleh menggantikan french fries. rupa pun dah seakan-akan. hehehe
biasanya orang yang jaga kesihatan + jaga body jarang makan french fries. tapi kiki pulak, memang tak boleh berpisah dengan french fries. hihihi. kalau tempura carrot lebih bagus dari french fries, mungkin kiki dah boleh mula ubah cara pemakanan kiki jugak. maklumlah, saiz baju dah naik lagi satu. hurmmm (-___-)

walaupun masak tempura carrot lebih leceh (sebab kena potong carrot + buat batter) berbanding french fries (beli je dari section frozen foods..hehe), tapi rasa tempura carrot manis (mungkinkah sebab kiki memang suka sangat makan carrot?) dan kita tahu kita handle carrot dan batter tu dengan bersih (hygiene).

perasaan ingin tahu makin membuakbuak, dan kiki dah dapat something dari livestrong.com :
[ini nutrition facts bagi tempura carrot]

[ni pulak untuk french fries]

sudah terang lagi bersuluh, mari kita buat pilihan bijak. (^^,)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan