mari beli, mari beli (",)

16 Julai 2011

persoalan terakhir

sejujurnya, kiki tak berapa jelas dengan definisi nisfu syaaban sebelum kiki tonton cerekarama kat tv tadi. lepas tonton Real Housewives of Atlanta sampai habis rancangannya, kiki yang kebosanan pun mengerjakan remote control tu, duk tukar tukar channel. last last kiki tertarik ngan cerekarama yang tajuknya Ziarah.

time kiki tengok cerekarama tu, dah sampai tengah dah jalan ceritanya. apa yang  buat kiki tertarik, ada satu scene tu, si isteri dah siapkan baju melayu lengkap untuk si suami sebelum si suami ke masjid untuk tunaikan solat berjemaah seperti biasa. at first, the husband said he's gonna wear the top only. then si isteri insist si suami untuk pakai baju melayu lengkap, kerana malam itu adalah malam nifsu syaaban.

lagi satu scene, dalam cerita tu, si suami yang juga bapa kepada 4 orang anak ni duk tunggu sangat anak anak dia balik rumah, sempena nisfu syaaban. siap nak makan sama sama. tapi anak anak dia tak balik pun, so dia sedih and decide untuk pergi ke rumah anak dia.

kiki tertanya tanya, (1) nisfu syaaban tu apa? macam pernah dengar, tapi maksudnya tak tahu pun? (2) kenapa perlu pakai baju melayu lengkap malam nisfu syaaban? i mean, nak lawa lawa, macam raya lah pulak kan. (3) bila nisfu syaaban? (4) kenapa kiki rasa kiki macam tak pernah pun raikan nisfu syaaban macam dalam tv tu?

dengan persoalan persoalan yang timbul, kiki pun guna lah khidmat google tersayang. lega bila soalan #1 dan #3 terjawab. siap dapat baaaaanyak info lain tentang nisfu syaaban :)

terasa bersalah kerana tak terapkan tarikh tarikh penting dalam islam seperti nisfu syaaban. mungkin sebelum sebelum ni, pernah belajar tentang nisfu syaaban, di sekolah barangkali, tapi sebab leka dengan hal hal duniawi, sampai perkara macam ni terabai, langsung terlupa. tak apa, ambil iktibar, moga lepas ni tak lalai lagi (^^,)

tapi, ada satu je lagi persoalan yang paling ligat bermain di kepala : kenapa lebih bertungkus lumus beri komitmen yang terbaik before submit assignment pada lecturer, dari bersedia untuk nisfu syaaban?
before submit assignment, sanggup tak tidur semalaman untuk semak dan cuba buat se-perfect yang boleh pada assignment tu, supaya nanti dapat full mark. tak pun, dapat markah highest dalam class pun dah cukup baik dah.
sedangkan masa nisfu syaaban, lembaran amalan kita selama setahun diangkat dan diturunkan lembaran yang baru. apa jadi dengan lembaran yang dah diangkat tu? boleh semak dan buat pembetulan balik tak? wallahualam. banyak lagi yang perlu kiki belajar.

kita sama sama saling mengingati. buang ego, bantulah sesama manusia. bantulah kiki :)

5 Julai 2011

di situ..

di atas pasir itu
di situ
hanya pasir
aku baring atasnya
tanpa alas
agar tubuh ku
nikmati butiran pasir
yang suci
yang hanya wujud
di situ

ku tadah mata
mata ini
terpesona, teruja, hanyut
dek keindahan
kerlipan bintang
tak terkira
menghias langit
langit itu
di situ

tamparan bayu
gemalai, longlai
menyapa kulit ku
di situ
di perbaringan itu
tanpa halang
tiada henti
tanpa penat
tanpa lelah
di situ

senyum ku
tenang ku
waras ku
saat itu
hanya di situ
aku rindu
untuk ada
di situ
aku mahu
selamanya hanya
di situ.

[di situ - tribute utk teluk gadong, teluk bidara, pantai kemasik]
kikinazree 04:01 03072011

unfathomable

she used to drive there.
so many times.
unfortunately.
today.
after the first junction.
she forgot.
which road will take her.
to the destination she's heading to.
unusual.
untoward.
unspeakable.

[kikinazree 2341,04072011]

8 Jun 2011

kesukaan #3 : greek goddess costume


chanteq, kan? kiki suka sangat tengok dress yang dipakai greek goddess dalam moviemovie omputeh. yang queen dia lah, pasal yang king mesti pakai baju besi&skirt pendek. hikhikhik ;P biasanya pelakon pakai costume dalam gambar yang tengah tu la. apa yang kiki nampak pada greek goddess costume dalam movie ialah lehernya V-shape, warna pada baju dan accessories mesti putih&emas.

finally, kiki dapat merealisasikan impian kiki untuk merasa pakai macam pelakonpelakon tu pada 3 April 2011, iaitu hari adanya annual dinner di tempat kiki menjalani intership dulu. yeaayyy! ;D dan ini adalah apa yang kiki persembahkan pada malam itu :

memandangkan kiki tak buat sebarang keputusan untuk hadiri dinner tu atau tidak, kiki shopping pada hari yang sama annual dinner tu berlangsung. hebat tak, kiki shopping dalam masa kurang dari 3jam saja! sebelum shopping memang kiki tak fikir langsung apa yang kiki nak pakai. tema bagi annual dinner tu adalah red&white masquerade, tapi ada orang kata colour tu dimansuhkan dan cuma masquerade yang menjadi tema tetap. so, kiki buat keputusan untuk pilih baju warna putih (gila ambil risiko sebab badan kiki dah makin berisi, and basically white is not suitable for orang berisi okay). at first kiki cari bajunya, then baru cari kasut dan accessories. tadaaa! bila gabunggabung dah hampir dengan greek goddess costume yang kiki impikan selama ni (^^,)

buat keputusan last minute punya pasal, kiki tak berjaya cari mask untuk kiki pakai masa dinner tu. jadi kiki gunakan alternatif lain, conteng corak rambang pada mata kanan kiki. syukur sangat, tak comot dan kiki berjaya buat dalam sekali cubaan saja :) inilah hasilnya :
zillion of thanks to my yuyunk, ECHA yang sempat singgah dan luang masa + bagi opinions sewaktu kiki kelam kabut pilih baju di mall. luuuvvv bangat sama kamu! ;D tak lupa, encik HASRUL NAZREEN yang nak sangat kiki hadiri dinner tu dan luang masa beberapa jam dengan kiki untuk cari dress.

kesukaan #2 : fast food



haaa.. tengok gambar je tau dah tahap kechentaan kiki pada ronald mcdonald. hehe.. ni kan lagi pada products dari mcd.

ratarata orang sekarang ni, suka makan fast food. nak listkan fast food restaurants yang biasa kita singgah, memang berjelajela lah post kiki kali ni.

fast food menjadi kegilaan semua lapisan masyarakat, tak kira anakanak kecil hinggalah ke atuk nenek. ni adalah common reasons kenapa orang suka makan fast food :

  • sedap (makanan yang kurang khasiat memang sentiasa rasa sedap.. hehe)
  • mudah didapati (pergi je dekat frozen food corner, atau jalan dalam shopping mall pasti fenin kefala nak pilih tempat makan, tak pun call je delivery service)
  • mudah disediakan (bila kena masak untuk family, memang kiki pilih frozen food, tinggal nak goreng atau panaskan dalam oven je. hehe)
  • murah (tak payah ikat perut kumpul duit sebab memang fast food jauh lebih murah dari makanan segar, tanaman organik contohnya)
bagaimanapun, seperti yang semua orang tahu, fast food tidak mengandungi nutrisi seimbang. tak percaya, tengok artikel dalam web ni : http://www.healthfood-guide.com/fastfood.aspx [<--click sini].

nak menerapkan pada masyarakat tentang kesankesan fast food ke atas kesihatan kita, memang bagai mencurah air di daun keladi lah. sedangkan kiki nak bersahur pun kiki pergi makan kat mcd. huhuhu ;P maknanya, nak stop terus makan produk fast food ni memang mustahil la bagi kita semua. jadi, sebagai insan yang sayangkan tubuh badan dan pentingkan kesihatan, limitlimit kanlah pengambilan fast food. tak salah pun makan fast food. bagi kiki sendiri, fast food lah makanan paling ideal untuk kita ambil bila tengah lapar sangatsangat dan tak ada banyak masa untuk makan sebab rutin harian yang padat. ada pros&cons lah senang kata. apa lagi, mari bertindak bijak :)