mari beli, mari beli (",)

8 Jun 2011

kesukaan #3 : greek goddess costume


chanteq, kan? kiki suka sangat tengok dress yang dipakai greek goddess dalam moviemovie omputeh. yang queen dia lah, pasal yang king mesti pakai baju besi&skirt pendek. hikhikhik ;P biasanya pelakon pakai costume dalam gambar yang tengah tu la. apa yang kiki nampak pada greek goddess costume dalam movie ialah lehernya V-shape, warna pada baju dan accessories mesti putih&emas.

finally, kiki dapat merealisasikan impian kiki untuk merasa pakai macam pelakonpelakon tu pada 3 April 2011, iaitu hari adanya annual dinner di tempat kiki menjalani intership dulu. yeaayyy! ;D dan ini adalah apa yang kiki persembahkan pada malam itu :

memandangkan kiki tak buat sebarang keputusan untuk hadiri dinner tu atau tidak, kiki shopping pada hari yang sama annual dinner tu berlangsung. hebat tak, kiki shopping dalam masa kurang dari 3jam saja! sebelum shopping memang kiki tak fikir langsung apa yang kiki nak pakai. tema bagi annual dinner tu adalah red&white masquerade, tapi ada orang kata colour tu dimansuhkan dan cuma masquerade yang menjadi tema tetap. so, kiki buat keputusan untuk pilih baju warna putih (gila ambil risiko sebab badan kiki dah makin berisi, and basically white is not suitable for orang berisi okay). at first kiki cari bajunya, then baru cari kasut dan accessories. tadaaa! bila gabunggabung dah hampir dengan greek goddess costume yang kiki impikan selama ni (^^,)

buat keputusan last minute punya pasal, kiki tak berjaya cari mask untuk kiki pakai masa dinner tu. jadi kiki gunakan alternatif lain, conteng corak rambang pada mata kanan kiki. syukur sangat, tak comot dan kiki berjaya buat dalam sekali cubaan saja :) inilah hasilnya :
zillion of thanks to my yuyunk, ECHA yang sempat singgah dan luang masa + bagi opinions sewaktu kiki kelam kabut pilih baju di mall. luuuvvv bangat sama kamu! ;D tak lupa, encik HASRUL NAZREEN yang nak sangat kiki hadiri dinner tu dan luang masa beberapa jam dengan kiki untuk cari dress.

kesukaan #2 : fast food



haaa.. tengok gambar je tau dah tahap kechentaan kiki pada ronald mcdonald. hehe.. ni kan lagi pada products dari mcd.

ratarata orang sekarang ni, suka makan fast food. nak listkan fast food restaurants yang biasa kita singgah, memang berjelajela lah post kiki kali ni.

fast food menjadi kegilaan semua lapisan masyarakat, tak kira anakanak kecil hinggalah ke atuk nenek. ni adalah common reasons kenapa orang suka makan fast food :

  • sedap (makanan yang kurang khasiat memang sentiasa rasa sedap.. hehe)
  • mudah didapati (pergi je dekat frozen food corner, atau jalan dalam shopping mall pasti fenin kefala nak pilih tempat makan, tak pun call je delivery service)
  • mudah disediakan (bila kena masak untuk family, memang kiki pilih frozen food, tinggal nak goreng atau panaskan dalam oven je. hehe)
  • murah (tak payah ikat perut kumpul duit sebab memang fast food jauh lebih murah dari makanan segar, tanaman organik contohnya)
bagaimanapun, seperti yang semua orang tahu, fast food tidak mengandungi nutrisi seimbang. tak percaya, tengok artikel dalam web ni : http://www.healthfood-guide.com/fastfood.aspx [<--click sini].

nak menerapkan pada masyarakat tentang kesankesan fast food ke atas kesihatan kita, memang bagai mencurah air di daun keladi lah. sedangkan kiki nak bersahur pun kiki pergi makan kat mcd. huhuhu ;P maknanya, nak stop terus makan produk fast food ni memang mustahil la bagi kita semua. jadi, sebagai insan yang sayangkan tubuh badan dan pentingkan kesihatan, limitlimit kanlah pengambilan fast food. tak salah pun makan fast food. bagi kiki sendiri, fast food lah makanan paling ideal untuk kita ambil bila tengah lapar sangatsangat dan tak ada banyak masa untuk makan sebab rutin harian yang padat. ada pros&cons lah senang kata. apa lagi, mari bertindak bijak :)

7 Jun 2011

blog untuk pencinta makeup

wanita hari ini (bersiaran pukul 12 tengahari di tv3) membincangkan tentang warna make up yang sesuai untuk orang yang memiliki kulit sawo matang. kiki lah tu kot.. hehe

kalau bukan pasal make up untuk orang kulit sawo matang pun, kiki memang minat dengan bidang make up ni. (^^,)

dari rancangan whi hari ni, kiki dapat dua laman blog baru. [click untuk lihat]



bagi readers yang suka make up, atau masih berjinakjinak dalam bidang make up, jom la usharushar dua blog ni. banyak manfaat boleh dapat dari keduadua blog ni. bukan bab make up saja, tapi baaanyak lagi ilmu yang readers boleh gali dari blogblog ni :)

kesukaan #1 : sudoku

[my current sudoku book]


teringat first time kiki berkecimpung dalam dunia sudoku ni, masa kiki tengah gaduh dengan seorang member. masa tu tengah lepak bertiga, tepi pantai depan campus tempat kami belajar. yang seorang tu pergi kedai, tinggallah kiki dengan mamat X ni. kiki dengan mamat X memang selalu selisih faham. bila dah tak tahan sangat asyik perang mulut, kiki ambil keputusan untuk tutup mulut dan biar dia buat perangai sorangsorang sambil tunggu kawan lagi sorang tu balik dari kedai.

masa tengah diam, kiki belekbelek handphone kiki. then 'ter'click icon game sudoku. sebelum tu, kiki tak pernah layan pun sudoku. tapi time tu jugak kiki dapat selesaikan sudoku dalam masa yang singkat. lepas daripada tu, kiki terus addict main sudoku. ada sekali tu, sampai pukul 4 pagi kiki tak tidur, sudoku punya pasal. padahal, pukul 7 lepas tu kiki ada test penting. huhuhu (=.=")

masa kiki menjalani internship pulak, kiki tukar handphone dengan someone. handphone someone ni canggih sikit, kiki tak biasa pakai. so, kiki tak reti nak cari game dalam handphone someone ni. setiap hari kiki buat sudoku yang ada dalam surat khabar je, rasa tak puas. terus kiki beli dua buah buku sudoku. masa tunggu shuttle datang jemput dari hostel, masa lunch break, setiap masa yang terluang, kiki mesti penuhkan petakpetak sudoku tu. buku tu pun kecil dan nipis lah jugak, so, memang sentiasa ada dalam handbag kiki.

sudoku amat diperlukan masa kiki tengah stress, sedih, susah hati, marah, bilabila masa yang perasaan kiki tengah berkecamuklah senang cakap. lagi kuat stress yang kiki tengah tanggung, lagi laju kiki boleh siapkan sudoku. hehehe (^^,) kiranya, sudoku ni teman dan terapi kiki lah :)

macam mana sudoku boleh kurangkan stress kiki? bila kiki leka main sudoku, kiki lupa dengan masalah kiki masa tu. kiki ni boleh tahan baran lah jugak. kalau sudoku tak selamatkan kiki, alamatnya, mesti timbul gaduh besar dengan orang sekeliling kiki. sebab bila kiki bad mood mesti mengamuk, kiki tak pernah fikir panjang (jangan tiru attitude ni okay). loaaaaadddsss of thank to sudoku founder, sebab sudoku berjaya kawal perangai kiki yang satu ni. ngeee ;D

dalam gambar tu pulak, tu buku sudoku yang kiki tengah guna sekarang. dua buku sudoku yang sebelum ni dah penuh, jadi kiki beli yang ada 1001 sudoku pulak. biar lambat sikit habisnya. tapi, tak boleh sumbat dalam handbag lah, pasal tebal sangat. huhuhu.. ;P

cik siti [siapa cik siti? click sini] pun suka main sudoku :)

6 Jun 2011

tempura carrot pengganti french fries.. boleh kah?

hari ni kiki  masak tempura carrot. saja nak buat kunyahkunyah depan tv. tengah duk makan, kiki terfikir kalau lah tempura carrot ni boleh menggantikan french fries. rupa pun dah seakan-akan. hehehe
biasanya orang yang jaga kesihatan + jaga body jarang makan french fries. tapi kiki pulak, memang tak boleh berpisah dengan french fries. hihihi. kalau tempura carrot lebih bagus dari french fries, mungkin kiki dah boleh mula ubah cara pemakanan kiki jugak. maklumlah, saiz baju dah naik lagi satu. hurmmm (-___-)

walaupun masak tempura carrot lebih leceh (sebab kena potong carrot + buat batter) berbanding french fries (beli je dari section frozen foods..hehe), tapi rasa tempura carrot manis (mungkinkah sebab kiki memang suka sangat makan carrot?) dan kita tahu kita handle carrot dan batter tu dengan bersih (hygiene).

perasaan ingin tahu makin membuakbuak, dan kiki dah dapat something dari livestrong.com :
[ini nutrition facts bagi tempura carrot]

[ni pulak untuk french fries]

sudah terang lagi bersuluh, mari kita buat pilihan bijak. (^^,)

3 Jun 2011

photoshoot sukasuki

left : kiki
right : my yuyunk echa
location : pullman putrajaya
time : sunset, april 17,2011
photographer : yeo

this is the original photo, tak edit langsung (accept for the .:kikinazree:. lah). chanteq, kan? well, air tangan yeo the master :) gambar yang dah edit laaagi lah chanteq. it took about 15 minutes (and more, i guess) for this picture. walaupun tapak kaki sampai melecet, tapi puas hati dengan gambar ni. melecet pasal lari sebelum melompat dengan tak pakai kasut and masa tu lantai tersangatlah panasnya. urghhh! :(

kegembiraan #1 : dapat lesen P

yippieee!!

..hari ni dapat lesen P..

lepas balik dari solat jumaat, ayah singgah rumah untuk jemput kiki ke akademi memandu nilai, ambik lesen. orang akademi tu dah call ayah pagi tadi, bagitahu lesen P kiki dah siap.

nak banding dengan kawankawan yang lain, kiki antara yang lambat dapat lesen. tu lah, lepas SPM dulu degil cakap ayah. tau nak enjoy je, buat lesen, MALAS. masa semester dua diploma baru terkedek kedek siapkan lesen L. lepas dah habis diploma baru kelam kabut ambik lesen P pulak. sebab lesen L punya expired date 23June.

test JPJ kiki 31Mei lepas. shuttle akademi jemput dari rumah pukul 7.30am, ujian dalam litar pukul 2.30pm, ujian jalan raya pukul 4.30pm. lama gila menunggu, kan? berkat kesabaran, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar n kiki dah pun lulus!! ;DDD

perkara yang kiki takkan lupakan, ada beberapa chekgu di akademi memandu tu yang kenal kiki, tak putusputus bagi semangat dan nasihat supaya kiki tak cuak. punyalah cuak kiki masa tu, dari bangun tidur sampai giliran buat ujian kiki tak makan langsung! sampai ada chekgu yang offer nak belanja minum pun kiki tolak, nervousss maaa.. tak selera nak telan apa apa. huhuhu (=.=") bila tiba turn kiki jalani ujian, ada chekgu yang sentiase mengiringi candidate masa kat litar. while on the road pulak, kiki dapat pegawai JPJ yang baik hati sangatsangat. at first, muka nampak garang, tapi cool saja sebenarnya. bila dah mula drive, hilang rasa cuak sebab pegawai JPJ tu pun friendly je. psttt! dia bahasakan diri dia "abang".. hikhikhik ;PPP

ada bisikbisik dan feedback dari segelintir orang sekeliling kiki yang tak puas hati kiki lulus. kata mereka, modal paras rupa, potongan badan dan gedikgedik manja yang buat kiki lulus. padahal, muka jawa, gumuk dan garanggarang saja. biasalah, kita mana boleh tutup mulut orang. orang berfikiran sempit memang tak boleh tengok orang lain berjaya dan senang, kan? kalau pun kiki pakai jubah dan purdah, bila ada usaha dan keazaman kiki untuk lulus, pasti lulus jugak, kan? sedangkan dari first day kiki belajar di akademi tu lagi chekguchekgu dah puji kecekapan dan kesungguhan kiki dalam belajar memandu, sebab kiki tak pernah sekali pun drive kereta manual. apa apa pun, kiki tahu kemampuan kiki macam mana dan kiki dah beri yang terbaik semasa hari ujian tu. :)

kiki doakan nanti SAL,mybesties(<-- click to see who is my bff) akan lulus test JPJ beliau yang bakal tiba beberapa hari saja lagi (^^,)

2 Jun 2011

kikinazree??


salam & hello
first of all, let me introduce myself.
u may call me kiki. nazree is my father's name.
i'm an ordinary happy-go-lucky girl, somehow may be a very hot tempered person (which usually will "switch on" once a month, hal perempuan. hehe)
this is not my first blog, tapi blogblog yang sebelum ni kiki dah tutup atas sebabsebab tertentu.
i would like to share with readers bout what i've experienced, my opinions bout current issues n whatever i think might be bermanfaat buat kita semua.
salam kenalan :)

thanks to Siti Salbiah (<-- click untuk ushar blog beliau) yang membuka mata kiki untuk aktif berblog kembali (^^,)