mari beli, mari beli (",)

16 Julai 2011

persoalan terakhir

sejujurnya, kiki tak berapa jelas dengan definisi nisfu syaaban sebelum kiki tonton cerekarama kat tv tadi. lepas tonton Real Housewives of Atlanta sampai habis rancangannya, kiki yang kebosanan pun mengerjakan remote control tu, duk tukar tukar channel. last last kiki tertarik ngan cerekarama yang tajuknya Ziarah.

time kiki tengok cerekarama tu, dah sampai tengah dah jalan ceritanya. apa yang  buat kiki tertarik, ada satu scene tu, si isteri dah siapkan baju melayu lengkap untuk si suami sebelum si suami ke masjid untuk tunaikan solat berjemaah seperti biasa. at first, the husband said he's gonna wear the top only. then si isteri insist si suami untuk pakai baju melayu lengkap, kerana malam itu adalah malam nifsu syaaban.

lagi satu scene, dalam cerita tu, si suami yang juga bapa kepada 4 orang anak ni duk tunggu sangat anak anak dia balik rumah, sempena nisfu syaaban. siap nak makan sama sama. tapi anak anak dia tak balik pun, so dia sedih and decide untuk pergi ke rumah anak dia.

kiki tertanya tanya, (1) nisfu syaaban tu apa? macam pernah dengar, tapi maksudnya tak tahu pun? (2) kenapa perlu pakai baju melayu lengkap malam nisfu syaaban? i mean, nak lawa lawa, macam raya lah pulak kan. (3) bila nisfu syaaban? (4) kenapa kiki rasa kiki macam tak pernah pun raikan nisfu syaaban macam dalam tv tu?

dengan persoalan persoalan yang timbul, kiki pun guna lah khidmat google tersayang. lega bila soalan #1 dan #3 terjawab. siap dapat baaaaanyak info lain tentang nisfu syaaban :)

terasa bersalah kerana tak terapkan tarikh tarikh penting dalam islam seperti nisfu syaaban. mungkin sebelum sebelum ni, pernah belajar tentang nisfu syaaban, di sekolah barangkali, tapi sebab leka dengan hal hal duniawi, sampai perkara macam ni terabai, langsung terlupa. tak apa, ambil iktibar, moga lepas ni tak lalai lagi (^^,)

tapi, ada satu je lagi persoalan yang paling ligat bermain di kepala : kenapa lebih bertungkus lumus beri komitmen yang terbaik before submit assignment pada lecturer, dari bersedia untuk nisfu syaaban?
before submit assignment, sanggup tak tidur semalaman untuk semak dan cuba buat se-perfect yang boleh pada assignment tu, supaya nanti dapat full mark. tak pun, dapat markah highest dalam class pun dah cukup baik dah.
sedangkan masa nisfu syaaban, lembaran amalan kita selama setahun diangkat dan diturunkan lembaran yang baru. apa jadi dengan lembaran yang dah diangkat tu? boleh semak dan buat pembetulan balik tak? wallahualam. banyak lagi yang perlu kiki belajar.

kita sama sama saling mengingati. buang ego, bantulah sesama manusia. bantulah kiki :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan